artis dari sabah

gayang kulintangan revolt

disini saya menceritakan sedikit sebanyak tentang artis dari sabah yg mempunyai kehebatan tersendiri dalam bidang hiburan...
artis tersebut ialah gayang kulintangan yg pertama kalinya membuka mata kepada anak anak death metal dari sabah hehe .dengan gabungan dua orang sahabat yg bernama Henry Joplin Mosiun dan Kevin Chong Vui Min maka lahirlah kumpulan death metal dari sabah yg bernama "gayang kulintangan revolt" juga satu satu nya kumpulan death metal yg telah menonjol kan bakat dalam bidang seni music death metal hehe.
mereka mempunyai kehebatan tersendiri dan telah pun berjaya merekod kan lagu lagu seperti:
1. Bantaan do Bangkavan
2. Susumangod Mosundu
3. Surmunggup
4. Misangod Rondom
5. Kinoposikan do Mondou
6. Bangkaak Rites
7. Under a Bornean Moon
GAYANG KULINTANGAN REVOLT bolehlah dianggap satu muka baru dalam persada muzik metal tanahair, dan mereka datang dari negeri di bawah bayu Sabah. Band ini bukan calang-calang penampilan

nya. Mereka mahu dengan berani memperjuangkan terus kehebatan death metal dan juga memperkasa keindahan seni etnik & tradisional, disatupadukan membentuk satu karyaan cukup unik dan penuh kelainan. Nukilan-nukilan segar ini diketengahkan melalui produksi di bawah gelaran "Misangod Rondom", sebuah rilisan 7-lagu mula teredar sejak awal 2006. GKR adalah satu bakat yang tidak patut diketepikan begitu sahaja. Mereka memiliki sesuatu yang anda di luar sana tidak biasa mendengarnya.
Usia GAYANG KULINTANGAN REVOLT (GKR) sudah mencecah 3 atau 4 tahun dan kemungkinan belum begitu dikenali di kalangan peminat muzik metal tanahair.
.GKR ditubuhkan di pertengahan tahun 2003 & 2004, semasa itu henry masih berada di Scotland. Pada tahun 2004, henry telah kembali ke Sabah & GKR pun mula dijadikan realiti. Dalam tahun itu juga, gayang kulintangan telah mengadakan persembahan 'debut' GKR di gig yang bertemakan 'Bara Pawaka', yang telah menampilkan band veteran death metal, Sil Khannaz dan juga Mantak. Pada masa itu, GKR terdiri daripada 2 pemain gitar iaitu henry dan Kevin, seorang vokalis, seorang pemain dram dan 2 orang pemain Kulintangan. Gig kedua yang GKR telah sertai adalah dalam tahun 2005; bertema LatemBlustering dan telah menampilkan band-band seperti Shamanic Rites, Mortuary Ancestors dan As-Sirat. Pada masa itu, GKR mempunyai 3 orang ahli sahaja 2 gitar & 1 vokalis. gayang kulintangan telah menggunakan 'CD minus 1', di mana hanya trek-trek dram & kulintangan yang kedengaran.
Dengan hanya dianggotai dua orang pemuzik tetap, GKR seperti menghadapi kesukaran dalam memiliki satu unit line-up yang lengkap. Apakah masalah dan kehendak dalam
Pemergian ahli-ahli GKR, berasaskan sebab-sebab yang tertentu dan peribadi. Kesukaran untuk mencari pemain-pemain gong & kulintangan memang tidak dapat dinafikan kerana kebanyakan belia zaman sekarang tidak berminat dengan muzik tradisional & juga tidak berminat untuk mempelajarinya. GKR sebenarnya memerlukan kurang lebih 17 orang ahli.

Selain dari instrumen asas, GKR juga difahamkan bereksperimen dengan pelbagai peralatan muzik yang mungkin agak pelik , tetapi cukup unik untuk seni muzik . Pada masa ini, GKR hanya terdiri daripada Henry dan Kevin sahaja; dimana: Kevin (guitar, drums & drum programming, & backup vocals) dan Henry (vocals, guitar & traditional instruments). Instrumen-instrumen tradisional yang digunakan adalah seperti; gong (4 Sanang & 3 Tatavag) dan 2 set Kulintangan. Instrumen-instrumen bamboo (juga!) digunakan; seperti, Togunggu, Tobuii, Tongkungon dan Tuahi. Kesemuanya, alat-alat muzik tradisional etnik kaum kadazan Dusun. Walaubagaimanapun, alat-alat tersebut juga boleh dijumpai di kalangan etnik-etnik bangsa yang lain; di merata Pulau Borneo [Sabah/Sarawak/Kalimantan/Brunei] dan Kepulauan Indonesia serta Philippines. gayang kulintangan revolt tidak menggunakan bass gitar.
gayang kulintangan secara peribadi menyifatkan muzik mainan GKR adalah Brutal Death Metal yang disatukan bersama irama tradisional nusantara. Bagi saudara sendiri,
Muzik Gayang Kulintangan Revolt adalah gabungan death-metal dan muzik etnik tradisional Borneo dan Indonesia. Sebenarnya, elemen death-metal hanya adalah 'medium' dalam muzik GKR. gayang kulintangan lebih mementingkan dan mempertikaikan penggunaan alat-alat muzik tradisional . Di samping itu, gayang kulintangan juga menggunakan dan meminjam, setelah mempelajari, gaya [atau style] serta bentuk irama [rhythm] muzik gamelan Jawa dan juga Bali.
Usaha campur-aduk kekerasan metal dan kelembutan tradisional dalam muzikal GKR agak menghasilkan sesuatu yang segar dan unik.
Muzik GKR adalah cubaan untuk meletakkan muzik tradisional dalam proses evolusi supaya ia tidak pupus dan dilupakan, dan bagi ia terus mara ke hadapan dalam bentuk yang lain. Kemungkinan besar, di masa yang akan datang, akan mempertingkatkan muzik tradisional dan death metal. Muzik tradisional tidak seharusnya dijadikan tarikan pelancong sahaja.
Melalui kelainan yang ditawarkan oleh GKR, henry menjangka tentu ada pilihan yang berbeza-beza dalam menentukan band atau sumber untuk dijadikan pengaruh dan rujukan dalam pembentukan muzikal GKR.
Pengaruh-pengaruh [dan inspirasi] muzik Gayang Kulintangan Revolt adalah seperti Bjork, Uli Jon Roth, Rimsky Korsakov, Napalm Death, Malevolent Creation, Suffocation, Cannibal Corpse, Carcass, Morbid Angel, Dusun/Bornean War & Funeral music, Dusun/Bornean Ritual music & Indonesian Gamelan music.

Hampir tiada khabar berita tentang GKR sebelum ini tetapi secara tiba-tiba tampil dengan bekalan sebuah rilisan berjudul "Misangod Rondom". Misangod Rondom dirilis pada awal tahun 2006 dimana terdapat 7 buah lagu di dalamnya. Pada pendapat sesetengah orang, mereka menganggap ianya sebagai sebuah album dan sesetengah pula menganggap sebagai demo sahaja. Ini adalah kerana dari cara penilaian kualiti album Misangod Rondom. gayang kulintangan tidak kisah bagaimana cara penilaian mereka, kerana semua lagu-lagu yang terkandung dalam Misangod Rondom akan dirakam semula dengan 'equipment' dan fasiliti yang lebih baik. gayang kulintangan rasa, perkara yang paling penting sekali adalah kualiti muzik dan bukan kualiti bunyi. mereka lebih sukakan kelainan.

Pada pendapat henry, belum ada perbandingan yang boleh dilihat pada masa kini. Walaubagaimanapun, terdapat banyak lagi lagu-lagu GKR yang belum dirakamkan. Beberapa lagu yang sudah siap dirakamkan [tanpa trek vokal] adalah seperti; Mambibiag/Kinopujulan dii Monunubuk, The Art of Moningolig, dan juga Gimbaran.
Misangod Rondom adalah perkataan dalam bahasa klasik dusun kadazan. Misangod bererti 'peperangan' manakala Rondom [atau juga disebut Dondom] itu maknanya 'malam gelap tanpa bulan'. Percantuman kedua-dua perkataan ini membawa maksud zaman lampau atau kejahilan. Ini kerana, di zaman sebelum kedatangan kuasa british ; puak-puak dusun [atau kadazan atau sundayak] di Sabah, sering berperang di antara satu sama lain dengan tujuan perebutan kuasa dan tanah, dan juga disebabkan adat pemburuan kepala atau headhunting. Di zaman ini juga, adat pengorbanan hamba diupacarakan secara besar-besaran. Maka, senikata dan muzik Gayang Kulintangan dalam Misangod Rondom sahaja, bertentangkan semua yang tersebut.

Lagu-lagu yang terkandung dalam Misangod Rondom akan dirakam semula. Masa bagi meriliskan lagu-lagu tersebut belum tentu kerana henry dan kevin selalu sibuk dengan tugas masing-masing. Gig pernah disertai cuma Bara Pawaka [December 2004] dan LatemBlustering [May 2005]… . Kesukaran untuk gayang kulintangan menyertai gig tidak akan menghentikan henry dan kevin daripada menghasilkan lagu-lagu GKR. Masih banyak yang perlu mereka pelajari dan perbaiki. Palan-palan bah dia bilang hehe!!!

GKR kini adalah sebahagian dari wajah dalam persada muzik metal underground Malaysia. Scene kita sekarang membiak dan meluas dengan pertambahan lebih banyak band dan variasi muzik tetapi kurang meriah dan bersemangat seperti dahulu (di era kegemilangan 90'an).
henry tidak berkata banyak tentang scene metal/underground Malaysia; kerana beliau sendiri tidak tahu sangat tentang perkembangan scene muzik Malaysia [metal dan yang lain-lain]. Walaubagaimana, henry rasa band-band atau pemuzik-pemuzik Malaysia, patut cuba mencari identiti masing-masing [dalam hal muzik], tetapi; bukan semata-mata untuk menandingi status band-band atau pemuzik-pemuzik dari negara-negara barat. Apa-apa sahaja yang mau dibuat itu, mesti ikhlas dan jujur.

" Sudah sampai masanya untuk kita [di Malaysia & Asia Tenggara], menunjukkan kebolehan kita yang sebenar kepada dunia Barat. Ini adalah satu cabaran. Memang susah tapi kena cuba! Don't let America & the western world shape your emotions. However, we can learn from them. Be honest. (dia bilang si henry hehe)
"Lupakan 'tradisi-tradisi' yang diturunkan kepada kita dari dunia barat. Tutup mata dan sedar diri, mana kita punya tradisi? Apa guna tradisi kalau tiada semangat…
Kotuhuadaan om Kounsikaan, asi! Cheers dude!" itu dia ucapan penamat si henry joplin mosiun yg begitu sampin sakali manyanyi dan main jitar hehehe ... teng q haha!
lagu lagu gayang kulintangan
1: kinoposikan mondou
2: susumangod mosundu
3: misangod rondom
------------------------------------------------------------
biodata felix af3

Nama Penuh: FELIX AGUS
Bangsa : DUSUN
asal : Kota Belud SABAH
t/l : 03.04.1982
Bintang : ARIES
Tinggi : 180cm
Berat : 61kg

Felix AF3 Bintang Berbakat Besar Dari Sabah Sebelum 21 Mei 2005, tidak ramai yang kenal atau ingin mengenali Felix Agus. Detik 21 Mei 2005 merupakan titik permulaan kita mengenali seorang lagi bintang berbakat besar kelahiran negeri Sabah. Jutaan penonton yang menonton Konsert Prelude AF3 terpukau setelah menyaksikan bagaimana Felix menyampaikan lagu Cinta Seorang Teman. Sebagai seorang yang baru dan bakal menjadi pelajar di Akademi Fantasia, mampu membawakan lagu ini dengan begitu baik dan tidak keterlaluan jika dikatakan, setanding dengan penyanyi asalnya, Bob AF2. Malah ada suara-suara yang mengatakan Felix menyampaikan lagu ini dengan lebih baik.
Seperti yang dijangkakan, Felix berjaya menjadi salah seorang Pelajar AF3 dan merupakan salah seorang pelajar favourite di Akademi Fantasia. Dengan personaliti yang tersendiri dan begitu menonjol berbanding pelajar lain, Felix menerima setiap tugasan saban minggu dengan sikap yang begitu positif yang jarang di lihat pada pelajar pelajar af yg lain. Setiap tugas yg di beri, Felix akan laksanakan dengan sebaik mungkin dan nyata telah membuktikan kemampuannya membawakan apa saja lagu yang boleh menggolongkannya sebagai penghibur versatile. Personaliti felix yang semulajadi kelakar menambahkan lagi minat semua orang dan kemunculan Felix di kaca tv sentiasa dinanti-nantikan. Para peminat begitu terhibur dan tertunggu-tunggu apakah aksi Felix seterusnya.

Felix Agus (Felix) - Naib Juara AF3
Album: The Best Of Felix Susah Susah Aje, MTV Karaoke The Best Of Felix, EVO 05, Salam Raya AF3
Duta Produk: Power Root, Maggi Slurp
Pencapaian:
- Anugerah Platinum The Best of Felix Susah Susah Aje !!
- Anugerah Emas The Best of Felix Susah Susah Aje !! MTV Karaoke
Status: WALAUPUN felix hanya menang ditempat kedua saja tapi felix tetap gembira dengan kemenangan telah di capai oleh felix . , Felix juga masih mampu mengekalkan popularitinya apabila album The Best Of Felix Susah Susah Aje dan juga album MTV Karaokenya berjaya mendapat anugerah platinum. felix iaitu anak kepada kaum Dusun ini juga sedang berjinak-jinak dengan dunia lakonan bagi mengembangkan bakat seninya. Filem Misi:1511 menjadi filem pertama Felix untuk mengasah bakat lakonannya.

sokongan untuk felix amat di perlukan "tanpa kamu siapa lah felix"
jadi jangan mengurat saja ! marilah bersama sama memberi semangat kepada
anak sabah land below the wind hehehehe ,, feeewit! haha.
-----------------------------------------------------------
adam af2

ADAM ialah seorang artis yg berasal dari sabah.beliau juga mempunyai bakat yg sangat besar dalam dunia hiburan .segala persembahan adam yg begitu unik! mancho! dan bertenaga begitu mengagumkan para peminat peminat music rap/hip hop dan pop.
di tambah pula dengan ke kacakan wajah dan pemakaian adam yg kelihatan rugged tapi kemas ,lagu lagu beliau juga mempunyai potensi yg begitu hebat untuk menarik para peminat untuk meminati nya ,adam yg popular dengan lagu lagu berentak hip hop, pop,rap , dan sebagai nya adalah satu satu nya guru atau yg boleh di jadikan sebagai contoh untuk artis artis sabah yg terbaru atau yg baru mula berkecimpung dalam dunia seni suara(hiburan),dari bakat kemampuan yg adam perolehi ,, adam juga dapat bergabung dengang raja segala raja rap k.r.u yg pernah popular pada zaman dahulu dan kini telah pun berjaya menubuhkan studio sendiri, syabas kepada kru. hehe
walau pun adam masih baru dalam dunia hiburan tapi adam sudah boleh membuat persembahan yg terbaik untuk bersaing dengan artis artis veteran yg sudah lama makan garam dengan memegang microfon di atas pentas hehe.saya harap , untuk akan datang , adam boleh mempertingkatkan lagi persembahan beliau dan akan di minati ramai.

lirik lagu adam
ADAM AF2: ku bertanya
Adakah diriku kau tak perlu lagi?
Adakah cintaku kau tak perlu lagi?
Adakah dirimu dah berubah hati terhadap diriku.
Adakah insan lain bertakhta di hatimu
Hinggakan dirimu mengubah cintamu
Manakah cintamu yang kau beri dulu kepada
diriku..
Kau pernah berkata cintamu adalah untuk
selama-lamanya
Bulan menjadi saksi pada malam itu
kau kata kau cinta.
Sayangku dengarlah rintihan hatiku
Ingin kau kembali seperti dahulu
Kenangan di jiwa membuatku rindu kepada dirimu.
Kau pernah berkata cintamu adalah untuk
selama-lamanya
Bulan menjadi saksi pada malam itu
kau kata kau cinta
Kiranya diriku kau tak perlu lagi
Simpanlah kenangan cinta kita dihati
Walaupun ku sukar,ku akur kali ini
Biarlah ku pergi
Maafkan ku bertanya…..
ADAM AF2: keliru
Sesuatu berlaku di fikiranku
Berkali cuba ku lupa, masih membelenggu
Apa yang ada padanya hingga ku tetap setia?
Tuhan tolong diriku lenyapkan segalanya
Aku keliru dengan cintamu
Berubah-ubah sikapmu
Mengapa kau buat aku begitu?
Aku terkeliru cinta kita bagai tiada perasaan
Bagaikan dah tiada percintaan
Diriku terbelenggu bayangan lalu
Kau terus memburu
Mindaku kan terganggu
Bayangan dulu buat ku keliru
Sesuatu berlaku di fikiranku
Berkali cuba ku lupa, masih membelenggu
Apa yang ada padanya hingga ku tetap setia?
Tuhan tolong diriku lenyapkan segalanya
Aku terkurung dalam bayangmu
Kasihmu dulu ku rindu
Walaupun segalanya tak menentu
Jauhkanlah dirimu!
Sering buat ku keliru
Ku hapuskan pancaroba cinta engkau dan aku
Diriku terbelenggu bayangan lalu
Kau terus memburu
Mindaku kan terganggu
Bayangan dulu buat ku keliru
Aku terkeliru
Terkurung dalam bayangan lalu
Semalaman celaru fikiran
Ku menjadi mangsa dalam percintaan
Kerana kau penuh dengan kepura-puraan
Telah ku terima ujian kehidupan
Dugaan terkena godaan
Wahai perempuan, dengarlah insan
Dengar ku katakan
Ku pasti kau kan temui pembalasan
ADAM AF2: tak tahu
Amaran kepada pihak berkuasa
Ini satu kes ragut aku mangsanya
Tiada harta yang hilang hanya perhatian dicuri
Dibawa lari tergagau ku di sini
Suspek seorang wanita rupa paras menawan
Sekeras-keras jejaka pun bisa dicairkan
Jika ada mengesan status dan lokasi
Sila hubungiku A.S.A.P.
Susahnya nak ikut hati bila pengalaman mengajar
Jangan gopoh…gelojoh…terlalu mudah jatuh cinta
Tapi apakah diagnosisnya jika simptom asyik merindu
Mungkin demam cinta melanda setiap pelusuk tubuhku
Tak ku sangka ku yang tabah turut rebah
Tak tahan perasaan bila berdampingan
Tak terkawal tak ku sangkal ku terkena
Tak tentu hidupku…oh kelibat kamu
Ha ha…tak tahu…apa kau dah buat padaku?
Kini ku termimpi-mimpi ku menagih kasih
Ha ha…tak tahu…oh semuanya salahmu!
Menggoda hatiku….jawablah kau… ku tak tahu
Ku cuba alih pandangan kau tetap berada di situ
Seperti angin yang dingin teruja setiap romaku
Bagaimankah caranya untuk ke peringkat seterusnya
Kerana bosan dengarkan “cukuplah sekadar kawan”
Ku berlagak tenang di hati bergoncang
Ku nafikan diri ku telah dicuri
Walaupun tak jelas ku nyata terjejas
Lari konsentrasi…oh hampir sepanjang hari
Ha ha…tak tahu…apa kau dah buat padaku?
Kini ku termimpi-mimpi ku menagih kasih
Ha ha…tak tahu…oh semuanya salahmu!
Menggoda hatiku….jawablah kau… ku tak tahu
Bukan kes tak sakit cari penyakit
Siapa tak tertarik dengan penampilan gerek
Ramping bergaya hingga hujung kaki
Wanita idaman setiap lelaki
Benar belaka ini semua angkaranya
Jiwa kelam kabut bagai dilanda ribut
Akan ku cuba membuat dia terpikat padaku
Entah hendak atau tidak…aku tak tahu
ADAM AF2: walaupun
Sebenarnya kau ku cinta
Ku pendam rasa setelah sekian lama
Mana bisa kau ku lupa…
Sekian lama ku damba
Gadis idaman ku itu rupanya
Kini berada di depan mata
Tak ku sangka oh mengapa
Ke mana kau pergi oh kasih ku?
Ku merinduimu selalu
Walaupun kau tiada cinta ku membara
Walaupun kau pergi ku tetap menanti
Walaupun tak mungkin dicintai lagi
Beri ku peluang yang terakhir kini
Kemana hilangnya cinta
Kita yang telah terbina
Di saat kita berdua
Bahagia ku terasa
Namun engkau pergi jua selamanya
Sendiri ku sepi tanpamu
Walaupun kau tiada cinta ku membara
Walaupun kau pergi ku tetap menanti
Walaupun tak mungkin dicintai lagi
Beri ku peluang yang terakhir kini
Walaupun cintamu hadir di dalam
Mimpi indahku
Khayalan cinta suci darimu
Walaupun kau tiada cinta ku membara
Walaupun kau pergi ku tetap menanti
Walaupun tak mungkin dicintai lagi
Beri ku peluang yang terakhir kini
ADAM AF2: haruskah
Di kala dikau mencari cinta
Aku memberi tapi tak pernah ku rasakan
Di kala aku dilamun cinta
Dengan dirimu mengapa kau jauh dariku
Tiada cinta didalam dirimu
Biarpun kau kata “baby I love you”
Tidak kau rasa getaran ini
Tiada cinta lain sehebat cintaku
Haruskah aku menanti cinta ini
Kerana kau masih tak mengerti hatiku
Tak perlu kau ucap “baby I love you so”
Kerana cinta darimu tak sehebat cintaku
Haruskah aku menahan perasaan
Tak sanggup kau bermain di fikiranku
Lupakan semua apa diimpikan
Jadikan pengalaman cinta kita berdua
Setelah semuanya berlalu
Hatiku sepi tapi ku harus hadapi
Hidup tanpa curahan cintamu
Aku gembira kan ku simpan cinta ini
Tiada cinta di dalam dirimu
Biapun kau kata “baby I love you”
Tidak kau rasa getaran ini
Tiada cinta lain sehebat cintaku
Haruskah aku menanti cinta ini
Kerana kau masih tak mengerti hatiku
Tak perlu kau ucap “baby I love you so”
Kerana cinta darimu tak sehebat cintaku
Haruskah aku menahan perasaan
Tak sanggup kau bermain di fikiranku
Lupakan semua apa diimpikan
Jadikan pengalaman cinta kita berdua
Haruskah aku menanti
Haruskah aku cinta kamu
Kerana ku tahu
Coz baby you don’t love me so…

cheeeers!!!!!!!!!!!
by uncle bandieeeeee. weeewit! hehe

